Rabu, 13 Agustus 2008

Kunci Syurga (by:brotherinislam.com)

Penyakit tdk dpt dielakkan, ia pasti mengunjungi setiap insan sama ada tua, muda maupun kanak-kanak. Penyakit tidak mengenal jenis kelamin dan umur.
Semua manusia diserangnya pd masa yang dikehendakinya.

Imam Abu Adullah mengatakan sabar menghadapi bala' dan penyakit adalah termasuk antara kunci syurga.
Artinya, syurga itu dapat dibuka dengan menggunakan kunci sabar dalam menghadapi berbagai penyakit dan kesusahan.

Nabi Muhammad berkata, “Hai anak, sukakah saya ajarkan kepadamu beberapa kalimat semoga Tuhan memberi manfaat bagimu?”
Jawab Ibn Abbas, “Baiklah, wahai Nabi Muhammad.

”Nabi Muhammad berkata, “Jagalah perintah Tuhan pasti Tuhan menjaga kepadamu dan jagalah larangan Tuhan kerana Tuhan selalu di hadapanmu, dekatlah kepada Tuhan di waktu sakit dan senang, sudah pasti Tuhan menolongmu pada waktu kesukaran.

Nabi Muhammad menyambung lagi, “Sekiranya engkau meminta, maka mintalah kepada Tuhan dan sekiranya minta tolong, minta tolonglah kepada Tuhan. Sudah kering apa yang tertulis oleh kalam dalam Lauh Mahfudh mengenai apa yang terjadi sehingga Hari Kiamat.

Beliau meneruskan kata-katanya lagi, “Sekiranya umpama makhluk semuanya berbuat sesuatu yang berguna bagimu yang tidak ditakdirkan Tuhan bagimu, mereka tidak dapat berbuat begitu. Demikian pula sekiranya mereka berusaha mengganggu engkau dengan sesuatu yang tidak ditakdirkan Tuhan atasmu, mereka tidak dapat berbuat begitu.

Seterusnya Nabi Muhammad mengakhiri nasihatnya dengan berkata, “Beramallah kepada Tuhan dengan kesyukuran, yakin dan ketahuilah sabar menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan itu sangat baik. Dan kemenangan itu berserta kesabaran dan kelapangan itu di samping kesukaran dan tiap-tiap kesukaran pasti ada kelapangan dan keringanan.

Ali bin Abi Thalib berkata, “Ingatlah daripadaku lima, ingatlah dua dan dua dan satu iaitu:
1. Ingatlah, jangan ada seorang takut kecuali kepada dosanya.
2. Jangan mengharap kecuali kepada Tuhannya.
3. Jangan malu sekiranya tidak mengetahui untuk belajar.
4. Jangan malu sekiranya ditanya sesuatu yang tidak diketahui untuk menyatakan, “Tidak mengetahui.”
5. Ketahuilah sabar dalam segala hal bagaikan kepala di badan.Apabila kepala terpisah daripada badan, badan juga turut musnah.

Demikian pula apabila kesabaran itu terlepas daripada suatu hal, maka hal keadaan itu pasti rusak.

Kemudian ia berkata, “Sukakah saya tunjukkan kepadamu orang fasiq?”Jawab mereka, “Baiklah, wahai amir mukminin.”Imam Ali berkata, “Orang yang tidak memutuskan harapan orang lain daripada rahmat Tuhan, tidak juga mengamankan orang daripada hukuman Tuhan, tidak mempropagandakan maksiat kepada orang-orang dan tidak berani menyatakan orang maksiat itu dalam neraka sehingga Tuhan sendiri yang memutuskan.

Beliau berkata lagi, “Dan orang yang terbaik amalnya janganlah berasa aman daripada pembalasan Tuhan sebab Tuhan menjelaskan, ‘Tidak berasa aman daripada hukuman Tuhan kecuali orang yang rugi’.
”Orang yang sejahat-jahat manusia jangan putus harapan daripada rahmat Tuhan sebab Tuhan menegaskan, “... tidak patah harapan daripada rahmat Tuhan kecuali kaum yang kafir.”

Tidak ada komentar:

Salam Dulu baru baca ^_^

Salam Dulu baru baca ^_^

Ma'an Najah

Ma'an Najah

Jazakallah khairan katsiran

Jazakallah khairan katsiran